Nik Aziz Meninggal Dunia


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM semalam.

Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.

"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir.

"Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.

Solat jenazah dijangka diadakan pada jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk dikebumikan.

Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan 'shuttle' yang akan disediakan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai jam 7.30 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menziarahi jenazah Nik Aziz kira-kira jam 9 pagi.

Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.

Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.

 



Biodata

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:

Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.

Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

Universiti Deobond, India - 1952.

Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.

Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.

Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

1967 - Daftar sebagai ahli PAS.

1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan (kini dikenali DUN Chempaka).

1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

sumber Bharian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Apa itu emas korea ?

    pasar malam > 2 minggu pudar dan berkarat
    Kualiti > 8 bulan ke atas * ,boleh kilatkan balik, tak akan berkarat, boleh sadur balik selepas pudar nanti

    Emas Korea ada banyak jenis:
    1. Besi: Boleh sadur banyak kali tapi warna emas lepas sadur akan lain sikit. Tak akan berkarat.
    2. Alloy: Sama macam besi.
    3. Tembaga: Boleh sadur banyak kali, tak akan berkarat, warna akan sama macam warna asal. Kualiti paling baik.


    Untuk tahu lebih LANJUT, sila klik link di bawah...
    PANDORA9.MY

    ReplyDelete