Pengurus kepada Zamani (Slam) iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.
Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.
Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Sementara itu, Ketua Polis Negara menyatakan pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan menyebarkan klip video penyanyi Zamani Slam ketika dia yang sedang digari di dalam tahanan.
Perkara itu dimaklumkan melalui twitter rasmi Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi.
0 comments:
Post a Comment