Perbezaan Antara Ketam Nipah Dan Ketam Batu


Seperti yang kita tahu ketam adalah haiwan dua alam. Soalan saya, antara kedua dua ketam tersebut apakah perbezaan fizikal yang lain. Contohnya kedua-dua ketam itu bernafas melalui insang dan salah satu tidak ada kaki yang nipis dan ketam yang biasa kita makan ada kaki nipis. Mohon penjelasan. Terima kasih
 
PENJELASAN:

Terdapat perbezaan antara spesis ketam; ada ketam yang dihidup dalam air dan hanya berada di daratan seketika (satu alam) dan ada ketam yang hidup dua alam. Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Hukum Menternak Binatang Dua Alam dan telah bersetuju memutuskan bahawa perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam….

Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.”
 
Wallahua'lam
 
-efatwa-
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment