Sultan Selangor telah menarik semula gelaran Dato Sri yang di kurniakan pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa semalam.
Pihak istana Selangor dalam satu kenyataan berkata keputusan untuk membataakan gelaran tersebut dibuat kerana sejak akhir-akhir ini beliau telah banyak mempersoalkan tentang kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.
"Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan dari setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Tindakan yang dilakukan oleh penasihat PKR ikut telah menunjukkan beliau tidak layak untuk memegang sebarang gelaran.
0 comments:
Post a Comment