Ustaz Kazim Tolak Pelantikan MT UMNO


 Alor Setar: Penceramah bebas dan pendakwah terkenal, Mohamad Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 2,000 penonton ketika menyampaikan ceramah agama di Taman Ria, dekat Sungai Petani, malam tadi.

Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik manakala Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Selepas pelantikan tersebut, Ustaz Kazim mengumumkan keluar PAS kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama. Namun Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias, di dalam parti itu, sudah dipecat daripada Pas Mei lalu.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment